Maulidur
Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang
diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun
pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan
atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya
kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk
melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada
kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah
Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang
beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap
tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan
kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu
bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh
ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
KELEBIHAN BULAN RABIUL AWAL KEPADA UMAT ISLAM
Bulan
Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut
kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula
berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim
berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah
mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga dalam
kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada
seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan
oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa
pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).
Ada
yang berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan Salahuddin
sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad
SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang
terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa dalam upaya
memperebutkan kota Yerusalem.
Nabi
junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan pada
bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 21hb April,
2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan hari keputeraan
junjungan kita ini.
Bulan
Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di
bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira
di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi
bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak.
Selain
dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan
mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara
syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan
keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan
kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada
ketenangan..
Selawat
ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh
Islam.Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala
di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan
kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda
(S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa
yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan
berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada
Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda
Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama
denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].
Apabila
kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi
penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku
seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
Sayyidina
Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan
Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi
temanku di dalam syurga."
Begitu
pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada
dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi
satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak
lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang
mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di
tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin
As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam
rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu
Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala,
penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah
itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab
akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama
orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar
Kerajaan-Nya."
Beliau
berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang
dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan
malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala
akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat
besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang
menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam itu."
Kedudukan
selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut
sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi
menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah
adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad
(S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib
seumur hidup). Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap
kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan
wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali
disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib
memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali
seumur hidup.
Menurut
jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat
dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan
tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan
ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya. Berkait juga
dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang.
Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’.
Menurut
pandangan Mazhab Syafei dan Hambali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan
tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi,
selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi
dalam keadaan yang makruh.
Kelebihan
berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu Alaihi
Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Sesungguhnya doa itu
terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya
sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Dengan
memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah
Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki,
dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di
akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya
dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya
dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah
disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang,
puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan.
Kelebihan
lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila menyambut
Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang di adakan majlis
tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat setiap orang bergotong
royong melakukan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan samaada secara bersendirian
atau berkumpulan, hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama islam yang
lain. Apabila kita berkumpul di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita
juga dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga,
membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat memupuk
semangat bekerjasama antara satu sama lain.
Kebiasaannya,
majlis Maulidur Rasul diadakan di masjid, surau, ataupun di sekolah-sekolah.
Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat bekerjasama dan saling bantu
membantu antara satu sama lain. Jurang yang memisahkan seseorang sebelum
ini dapat di eratkan dengan melalukan aktiviti seharian yang berlainan seperti
bekerja, dapat kita perbaiki dengan menghadiri majlis sebergini. Memupuk
semangat perpaduan sesama muslim juga amat disukai oleh Allah s.w.t.
Allah berfirman, “Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu
bercerai berai” [Surah Al-Imran:103]
Sememangnya
bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan
begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah
Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan
ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi
kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj,
"Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita
kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah
mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk
menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.
Dengan
adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat memperkenalkan muslimin
siapa itu Muhamaad dan secara tak langsung kita akan membuatkan hati Muslimin
tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru akhlak nabi dan meniru
segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang
diperintahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para
Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah
kamu dan berilah salam keatasnya".
Sambutan
ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia
secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara
lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha
pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan
lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan ahklak baginda dan
memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir
baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita
dan ia mempunyai akhlak yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia" (al-Qalam: 4).
Dan
bila kita melewati kembali sirah Nabi, antara cara Nabi mahu meningkatkan
semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri baginda dan
bercerita mengenai akhlak baginda dengan bersayembara syair. Ini telah
dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada
meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai
diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan
menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah
Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib.
Rasulullah
(s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda
kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang
Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk
mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk
mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan
membuatkan Allah redha kepada kita. Terdapat juga hadith riwayat Bukhari
didalam al-Adab al-mufrad (bukan semua hadis didalam ini adalah sahih) dan
kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam
syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) Al-'Abbas mengarang syair
memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
“Dikala
dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak
bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah
Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.”
Dalam bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para
rasul dan nabi. Kisah- kisah ini dapat memberi pengajaran dan tauladan kepada
kita semua. Pada bulan ini lah berlakunya beberapa peperangan. Antara
peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan Safwan (Badar
pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan
peperangan Bani Lahyan.
Setelah
hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan
diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas
dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi
Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang
hati dengan kemajuan ini. Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui
oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam
yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum
muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung
dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan
mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat
air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang
dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa
menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Dikisahkan,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih dahulu sampai di sumber mata air
Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu merupakan sebahagian
dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat dengan sumber air. Melihat hal
itu, Habab ibn Mundzir berkomentar, “Wahai Rasulullah! Mengapa engkau memilih
tempat ini sebagai pemberhentian kita? Apakah tempat ini memang telah
ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat memajukan atau mengundurkannya
sedikitpun, ataukah ini adalah bagian dari pendapat, strategi, dan siasat
perang?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ini hanyalah sekedar
pendapat, stategi, dan taktik perang.”
Maka
Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya, aku juga ingin
mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk kita berhenti.
Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang paling dekat dengan
perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat tersebut dan kita
hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan menjadikannya kolam
penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan kita baru menyerang
mereka. Dengan begitu, niscaya kita akan dapat minum air itu sedang mereka sama
sekali tidak bisa meminumnya.”
Pada
saat itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Pendapatmu sangat
bagus!” Kemudian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menjalankan taktik
yang ditawarkan oleh Habab ibn Mundzir radhiallahu ‘anhu. Petunjuk yang
diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat munqathi’
-Ibnu Hisyam (2/312-313), atau dengan riwayat mursal dan terhenti pada Urwah
sebagaimana yang tertulis dalam al-Ishabah (1/302), Hakim (3/446-447). Riwayat
tersebut dinilai sebagai hadis munkar oleh Dzahabi dan Umawi sebagaimana yang
diungkapkan oleh Ibnu Katsir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (3/293) dengan
silsilah periwayatan yang munqathi’ (terputus).
Ketika
mereka telah berhasil menduduki tempat yang dimaksud, Sa’ad ibn Muadz berkata
kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, “Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami
perlu membangun kemah khusus untuk tempat istirahatmu, menyiapkan hewan
kendaraanmu dan kemudian kita baru menyerang musuh kita? Sungguh, seandainya
Allah memberikan kemenangan dan kejayaan kepada kita atas musuh-musuh kami,
maka itulah yang kami inginkan. Namun, bila kenyataan yang terjadi adalah
sebaliknya, maka engkau sudah siap untuk menyelamatkan diri dan menemui kaum
kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa kaum yang menantimu di tanah
air kita dan kecintaan mereka terhadapmu lebih besar dari kami. Sehingga, bila
mereka mendengar bahwa engkau berperang, niscaya mereka pun tidak akan tinggal
diam. Allah pasti akan melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti akan
memberimu pertimbangan dan senantiasa berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menyepakati usulan Sa’ad tersebut.
Meskipun
demikian, perlu digaris bawahi bahwa saat terjadinya perang Badar tersebut,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ikut berperang aktif dan terlibat
langsung dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak hanya berada di dalam kemah dan
berdoa saja sebagaimana dipahami oleh sebagian ahli sejarah.
Ahmad
menuturkan: Ali radhiallahu ‘anhu menceritakan, “Kalian tentu telah menyaksikan
bagaimana kami pada saat pecahnya perang Badar. Saat itu, kami berlindung di
belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, sedang beliau terus membawa
kami mendekati musuh. Dan beliau adalah orang yang paling berani ketika itu.”
Dengan
isnad yang sama, sebuah hadis lain menuturkan, “Ketika keberanian mulai
memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, beliau adalah orang yang paling berani.
Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling dekat dengan musuh
selain beliau.”
Muslim
meriwayatkan: Pada perang Badar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata
kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kalian bergerak
sebelum aku memberi komando.”
Ibnu
Katsir berkata, “Beliau terjun dan terlibat langsung dalam pertempuran itu
dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu Bakar ash-Shiddiq.
Sehingga, keduanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan bermunajat kepada
Allah di dalam kemah saja, tetapi juga turun ke medan pertempuran dan bertempur
dengan mengerahkan segala daya dan upaya.”
Demikianlah,
setelah pada siang harinya mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya yang
mungkin dapat dilakukan untuk memenangkan pertempuran, pada malam harinya
beliau menghabiskan waktunya untuk terus berdoa dan memohon kepada Allah untuk
memberikan kemenangan terhadap pihak tentara Islam.
Adapun
salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam Shahih
Muslim berikut: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau
janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan
kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau
tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”
Sebuah
riwayat mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terus berdoa sampai
kain serbannya terjatuh dari kedua pundak beliau. Kemudian, Abu Bakar datang
menghampiri beliau, mengambil serban beliau yang terjatuh dan kemudian
memakaikannya kembali ke pundak beliau. Setelah itu, ia pun melakukan apa yang
dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di belakangnya. Setelah
itu, Abu bakar berkata, “Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah cukup permohonanmu
kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi
seluruh janji-Nya kepadamu?”
Maka
Allah berfirman,“(lngatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu,
lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan
kepadamu dengan seribu malaikat yang datang bertutut-turut’.” (QS. Al-Anfal: 9)
Dan benar, esok harinya, Allah mengirimkan bala bantuan kepada mereka berupa
pasukan tentara malaikat.”
Adapun
doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada saat perang Badar yang
diriwayatkan oleh Bukhari adalah:”Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan
janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba
kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari (peperangan) ini.”
Riwayat
lain menceritakan: Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau sudah meminta dan
mendesak Tuhanmu tanpa henti!” Esok harinya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mempergunakan baju besi dan kemudian keluar dari kemahnya seraya
berkata, “Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan
mundur ke belakang.” (QS. Al-Qamar: 45)
Ibnu
Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat ‘golongan itu
(pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang … ‘,
Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang akan dikalahkan itu?”
Umar
radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: Ketika perang Badar dimulai, aku melihat
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mempergunakan baju besi sambil berkata,
Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke
belakang.” Maka, aku segera mengetahui maksud ucapan Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam tersebut.”
Pada
hari Jum’at pagi, tanggal 17 Ramadhan, tahun ke-2 hijriah, tepatnya ketika
kedua belah pihak (muslim dan Quraisy) sudah saling berhadapan dan sedang
mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah, itulah kaum Quraisy yang
telah datang dengan sombong dan congkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi
perintah-perintahMu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya meminta
pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah, binasakanlah
mereka pagi ini!”
Setiap
kali akan berangkat bertempur, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu
terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Dia melakukan
inspeksi barisan seraya menggenggam sebuah anak panah. Saat Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan barisan, tiba-tiba beliau
menekankan anak panah beliau ke perut Sawad ibn Ghaziyyah. Pasalnya, waktu itu
ia agak sedikit keluar dari barisan. Beliau berkata kepadanya, “Sawad, luruskan
barisanmu!” Sawad pun menjawab, “Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka
bolehkah aku membalasmu?” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka
bagian perut beliau seraya berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata
tidak jadi membalas, tetapi justru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan mencium bagian perut beliau. Dengan heran, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini, Sawad?”
Sawad
menjawab, ”Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan. Sesungguhnya aku
telah berharap agar mati setelah bisa menyentuhkan kulitku dengan kulitmu.”
Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun mendoakan Sawad dengan hal
yang baik-baik. Setelah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memberikan
berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim tentang berbagai hal yang
berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.
Beliau
berkata, “Apabila mereka mendekati kalian, maka serang mereka dengan anak panah
kalian dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan sampai kalian
melupakan pedang kalian hingga kalian lengah dan dapat dirobohkan.” Setelah
berpesan demikian, beliau lantas mengobarkan semangat pasukan muslimin dengan
berkata, “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di genggaman-Nya, setiap orang
yang berperang melawan mereka (pasukan Quraisy) pada hari ini, kemudian mati
dalam keadaan tabah, mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur,
pasti akan dimasukkan ke dalam surga. “
Di
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahwa ketika kaum musyrikin
telah mendekat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Bangkitlah
kalian untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi.”
Mendengar ucapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut, Umair ibn
Humam al-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki luas
seperti luas langit dan bumi?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab,
“Benar.” Dengan terkagum-kagum, Umair berucap, “Oh, betapa besarnya syurga
itu!” Lalu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya kepada Umair,
“Mengapa engkau berkata demikian?” Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi
Allah, aku hanya berharap menjadi bagian dari penghuninya.” Beliau berkata,
“Engkau akan menjadi salah satu penghuninya. “
Kemudian,
ia mengeluarkan beberapa butir kurma dan memakannya. Setelah itu, ia berkata,
“Seandainya aku masih hidup dan dapat memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah
kehidupan yang sangat panjang.” Lalu ia melemparkan kurma yang ada di
genggamannya dan kemudian menjadi beringas bertempur sampai akhirnya syahid.
Auf
ibn Harits (putra Afra) berkata, ”Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah
tersenyum saat melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke tengah-tengah musuh
tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf membuka pakaian
besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah itu, ia menghunus
pedangnya dan bertempur di medan perang sampai terbunuh.”
Sebelum
dimulainya peperangan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam meminta kepada
para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari Bani Hasyim dan beberapa
orang lainnya. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota Mekah dan berperang
kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan namanya oleh Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari ibn Hisyam (salah satu orang
yang pergi ke Ka’bah untuk merobek surat pemboikotan bangsa Quraisy terhadap
kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam) dan Abbas ibn Abdul Muthalib.
Ketika
Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus membunuh
bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami, sementara kami
harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku bertemu dengannya, niscaya
aku akan menebasnya dengan pedang.” Akhirnya, ucapan tersebut sampai ke telinga
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Maka, beliau pun berkata kepada Umar,
“Wahai Abu Hafshah, benarkah ia akan memukul wajah paman Rasulullah dengan
pedang?” Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya
dengan pedang. Demi Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu,
beberapa waktu kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram
dengan kata-kataku saat itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut,
kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu
Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.
Dikisahkan
bahwa sebelum peperangan dimulai, Asad ibn Abdul Asad al-¬Makhzumi keluar dari
pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku sungguh-sungguh akan meminum
air kolam mereka, akan merusaknya (kolam air), atau mati di hadapannya.” Maka,
ketika ia sudah mendekat, Hamzah pun merintanginya dan menyerangnya. Hamzah
berhasil memukulnya hingga kakinya retak. Akan tetapi, Asad masih terus
merangkak menuju ke kolam guna memenuhi sumpahnya dan Hamzah terus
mengikutinya, memukul, dan akhirnya membunuhnya di depan kolam tersebut.
Pengajaran
dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu.
Ini terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang
terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk
mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan
berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari
semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat
tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin
silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W pintar mengendalikan
taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia
atau mati syahid.
No comments:
Post a Comment