Saiyidina
Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang
paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang
memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai
seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada
seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan
yang terbilang.
Beliau
telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang
mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah
yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali
Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau
adalah sepupu baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina
Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam.
Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang
sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu
mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarah
dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada
mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah
S.A.W. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti Khadijah,
Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. telah
mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah
mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun menerangkan kepada mereka itu
tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan
pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan jamuan
makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan
makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya
rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku
bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala
mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk
meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu
lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan
menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu
disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya
itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina
Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun
sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah
seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Dalam hubungan ini
Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah
pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda
Rasul pada keesokan harinya.
Abu
Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta
mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib
itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah
mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali.
Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di
tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda.
Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang
terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya.
Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau
hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik
di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan
Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh
keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.
Tatkala
Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T.
bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan
hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda
untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun
tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai
sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan
hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang
menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga
mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang
tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.
Setelah
Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah
pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota
Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan
Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah
tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda
berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah
saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa
baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri.
Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A.
dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita
yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar
oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul
menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai
seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul,
Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik
besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah
melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika
itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam
lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya
Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali
R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan
cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi
S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu
tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda
bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut
Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan
baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali
R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.
Dalam
apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A.
tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk,
tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk
menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal
fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak
senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian masakan baginda
menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran
Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang
menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan.
Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya,
"Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan
Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang
menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan
Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan
baginda terhadap dirinya.
Dalam
Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki
oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang
utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut
sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik
yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda"Saya akan
menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai
Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya".
Sekelian
panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan
panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan
kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya
dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah
selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali
R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali
R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke
mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu
lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata
beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau.
Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka
benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat
dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.
Satu
lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan
kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang
Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan
musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang
Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di
sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh
danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi
mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka
terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan
angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan
khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri
dengan penuh kekecewaan.
Semasa
peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musynik Quraisy telah
dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru
Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka
itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik
meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia
mencabar seraya berkata, "Siapa di antara kalian yang berani
berlawan denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma
Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk
melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya
Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan
sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru
kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar,
Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa
menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana
Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A.
tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak
takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W.
mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar
lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi
mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya
dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan
Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
Tidak
lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya
dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A.
bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa
engkau, hai pahlawan?”
Jawapnya,
"Ali!”
Tanya
Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?”
Jawab
Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib”
Mendengar
nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan
kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja
engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat daripadamu.
Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat
baikku.
Saiyidina
Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan
darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah
ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, "Macamana
aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari
sama-sama aku di bawah.”
Mendengar
itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk
menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh
lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut
pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru
telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan
mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak
bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A.
lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan
takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya,
sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu
kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah
S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam
pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa
serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus
pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas
sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama
enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan
walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun
mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid
sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar
bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir
itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga
akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama
mereka itu.
Setelah
selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di
hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk
Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada
Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah
terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut segeralah baginda
sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda,
"Sejahteralah penduduk Hamdan.
Selaku
pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan
untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya
kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas
beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti
dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.
Mendengar
perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau
dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah,
bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal
pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W.
itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang
bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.
mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A.
diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan
memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya
berunding.
Demikianlah
beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali
Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W.
wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan
para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga
terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah
ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang
penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang
berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas
pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga
Rasul S.A.W.
Permesyuaratan
di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi
akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A.
sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali
R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq
R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina
Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam
disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri
beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu
Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan
Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku
pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di
dalam permesyuaratan penting.
Apakala
Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap
memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang
dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al
Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum,
namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam
menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang
bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang
sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
Setelah
wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan
Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap
memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A.
sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun
demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum
kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal
berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat
seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu.
Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina
Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak
bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan
beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah.
Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali
R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan
Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk
menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya
pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang
pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta
mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas
menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.
Saiyidina
Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan
Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah
S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang
masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.
Setelah
jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba
bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh
Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab
R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan
ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita
Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana
zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi
rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang
menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan
adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu
Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang
sengit antana dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang
mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras
enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut
baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam
pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu
telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah
dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka
berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan
pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam.
Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya
telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=71:bibliografi-dan-latar-belakang-saiyidina-ali-bin-abi-talib-karamallahu-wajhah&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
No comments:
Post a Comment