Di
zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana
banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah
seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq,
Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman
R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya
tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul
yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina
Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar
Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun
lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran
"Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana
Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang
pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka
Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya
kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A.
Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah
berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu
engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat
besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan
suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama
Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah,
Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu
Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A.
termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan
kehalusan budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A.
terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat
penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan
penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi
pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang
selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi
akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat
sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak
keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa
sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang
mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai
menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.
Dalam
suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah
menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang
demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah
temanku di dalam syurga.
Ketika
suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum
musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin,
Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia.
Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang
menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian
perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah
tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya
beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu.
Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul
Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah
berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha
perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian
beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan
harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam.
Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin
Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah
kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah
membeli sebuah kolam yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang membeli
sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia
menimba air sumur tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan
tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah
rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersyalat di
dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet
di samping masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar
menjadi lebih luas dan besar lagL
Selain
daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah
sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah.
Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul
untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. Disebabkan besarnya
pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah menghairankan kiranya beliau
tergolong salah seorang yang paling diridhai oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu
wafat baginda.
Selain
memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab
Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat
taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak
melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji
dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada
hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum
keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah
juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah,
bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya
bercucuran keluar oleh rasa takutnya.
Khalifah
Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina
Umar Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada
AbduIl Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang
sahabat yang tua tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70
tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan
kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan
Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum
daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu
masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan
pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula
menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu
kehidupan baharu dan pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang
timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam
zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima
kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada
zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan
pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa
rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak
membenarkan kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran
itu hingga melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat
Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang
baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang
oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para
sahabat tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu
diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A.
tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap
gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya
mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk
mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan
dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan
wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada
zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa
masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa
yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun
kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang
sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar
larangan Agama Islam. Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan
hasil yang baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul
Khattab dalam masa pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah makin
banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.
Satu
perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman
ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh
kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan
terutama salah seorang keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya
yang membiarkan keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta
perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang
selalunya menimbulkan rasa tak puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya
dan rakyat Islam umumnya.
Selain
daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman
yang telah menimbulkan rasa tak puashati orang-orang Islam pada masa itu. Salah
satu danpada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al
Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah,
padahal Al Hakam telah dipenintah keluar dari Madinah kenana sikap
penmusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu
kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa
saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya
itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia
tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi
Khalifah bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu
sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang
bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat
perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya
Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai menteni kepadanya itu dikecam
hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah
membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman.
Mengenai pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu
sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w.
dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Selain
daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan
yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada
zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari
kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di
Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah
Islam tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga
dan tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman
itu mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah
di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi
yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat
terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum
Muslimin sesama sendini.
Seonang
sahabat yang tenkenal bennama Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan
Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke
atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota
Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba
lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa
bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan
onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta
baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba
kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan keras
itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya Saiyidina
Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari
orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat
pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina
Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara
itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk
memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan
Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan
satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya
Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu
Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong
oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak
tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu
Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu
Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang
dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba, gabenor
Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian
orang yang menyokong Muhammad sama ada dan golongan Muhajirin ataupun dan
Ansar.
Kesudahannya
golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan
wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk
mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah. Apakala mereka dapati
tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah
maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.
Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu
membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat sabar dan
santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul
Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari
seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah oleh isteni Saiyidina Uthman
bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyidina
Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan
kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran
sejarah Islam.
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=70:bibliografi-dan-latar-belakang-saiyidina-uthman-ibn-affan-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
No comments:
Post a Comment